Renungan Imam Al-Ghazali

 Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu  beliau bertanya (Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri  kita di dunia ini ?
Murid 1 = ” Orang tua  ”
Murid 2 = ” Guru ”
Murid 3 = ” Teman ”
Murid 4 = ” Kaum kerabat  ”
Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah  MATI . Sebab itu janji Allah  bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”  
Murid 1 = ” Negeri Cina ”
Murid 2 = ”  Bulan ”
Murid 3 = ” Matahari ”
Murid 4 = ” Bintang-bintang ”
Iman  Ghazali = ” Semua jawaban itu  benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA  LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan  dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,  hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan  ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ”  Apa yang paling besar  didunia ini ?”
Murid 1 = ” Gunung  ”
Murid 2 = ” Matahari ”
Murid 3 = ” Bumi ”
Imam Ghazali = ”  Semua jawaban itu benar, tapi  yang besar sekali adalah HAWA  NAFSU. Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai  nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM  GHAZALI” Apa yang paling berat  didunia? ”
Murid 1 = ” Baja ”
Murid 2 =  ” Besi ”
Murid 3 = ” Gajah ”
Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung,  dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah  pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut  menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana  gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ”  Apa yang paling tajam sekali  di dunia ini? ”
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang ”
Imam  Ghazali = ” Itu benar, tapi yang  paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH  MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati  dan melukai perasaan saudaranya sendiri  ”  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: